awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAS berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia

Bernama
Bernama
28/07/2014
23:22 MYT
MAS berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia
Perutusan Hari Raya Aidilfitri MAS yang disiarkan oleh beberapa akhbar utama.
Malaysia Airlines (MAS) mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana memberikan peluang untuk memberi perkhidmatan dan semoga mereka memahami kekurangan dialami syarikat penerbangan yang ditimpa tragedi itu dalam memenuhi hasrat mereka.
MAS berkata mengibarkan bendera Malaysia ke banyak destinasi adalah satu penghormatan dan tanggungjawab yang syarikat penerbangan itu berbangga melaksanakannya dengan sebaik mungkin.
"Tanggungjawab kami ialah untuk berkhidmat. Dan dengan restu anda, kami akan lakukan yang terbaik dan terus melakukannya," kata MAS dalam satu muka penuh perutusan Hari Raya Aidilfitri yang disiarkan oleh beberapa akhbar utama pada hari Isnin.
MAS, yang beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, menjadi perhatian dunia susukan insiden Penerbangan MH17 yang terhempas bersama 298 penumpang dan krew di Donetsk, pada 17 Julai lepas.
Pesawat itu dipercayai telah ditembak jatuh di wilayah yang bergolak di timur Ukraine, dekat sempadan Rusia.
Insiden ini menyusuli misteri kehilangan Penerbangan MH370 yang membawa 239 orang pada 8 Mac. Penerbangan MH370 dipercayai telah berakhir di selatan Lautan Hindi dan usaha pencarian setakat ini belum berhasil.
MAS menegaskan bahawa selama lebih 40 tahun, "Wau" Malaysia telah terbang ke seluruh dunia sebagai lambang kebanggaan dan harapan negara.
Syarikat penerbangan itu yang terkenal kerana khidmat kabinnya yang cemerlang dan memenangi pelbagai anugerah selama bertahun-tahun, menyimpulkan kata-kata berikut untuk kakitangannya.
"Melalui kerja keras, kesetiaan dan komitmen, Malaysia Airlines tidak akan bertapak seperti sekarang jika tidak kerana generasi kakitangan yang bangun setiap pagi untuk berkhidmat dengan profesionalisme dan dedikasi," kata kenyataan itu.
Selain itu, MAS melahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang memilih syarikat penerbangan itu untuk perjalanan mereka.
"Kami tidak akan menjadi syarikat penerbangan seperti sekarang tanpa sokongan berjuta-juta rakyat Malaysia yang terbang bersama kami di laluan dalam negeri dan antarabangsa," katanya.
Topic Berkaitan
#MAS
#rakyat Malaysia
#terima kasih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan