awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih ada tak pakai pelitup muka! Ini lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
03/06/2021
11:03 MYT
Masih ada tak pakai pelitup muka! Ini lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri
Peraturan memakai pelitup muka yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bermatlamat melindungi orang ramai daripada dijangkiti wabak COVID-19, namun, masih ada segelintir yang masih degil dan enggan memakainya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun kerajaan mewajibkan pelaksanaan pemakaian pelitup muka, nampaknya masih ada individu yang ingkar dengan arahan tersebut.
Ia selepas menyaksikan kesalahan tidak memakai pelitup muka merekodkan kes tertinggi pada Rabu iaitu sebanyak 218.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kesalahan itu antara jumlah keseluruhan daripada 987 individu yang ditahan pada Rabu.
Berikut lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri:
1. Seramai 987 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, 939 individu dikompaun, 47 direman manakala seorang dijamin.
2. Menerusi OP Benteng, 11 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditangkap, manakala sebuah kenderaan darat dirampas.
3. Beberapa lokaliti di Sabah, Sarawak dan Pahang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 5 Jun sehingga 18 Jun.
4. PKPD di Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan dan 15 Mukim dalam daerah Besut, Terengganu dilanjutkan bermula 5 Jun sehingga 18 Jun.
5. PKPD di lokaliti di Terengganu, Pahang, Sabah, Perak, Kelantan serta Sarawak ditamatkan seperti yang dijadualkan pada 4 Jun.
Topic Berkaitan
#PKP 3 0
#MCO 3 0
#PKPD COVID-19
#Ismail Sabri
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan