awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MASkargo lakukan penerbangan sulung pengangkut ke Myanmar

Bernama
Bernama
06/07/2020
20:58 MYT
MASkargo lakukan penerbangan sulung pengangkut ke Myanmar
Perkhidmatan mingguan itu melakukan penerbangan ke KUL-RGN-BKK-KUL setiap hari Sabtu bermula 4 Julai lepas. --fotoBERNAMA
Permintaan yang meningkat di Myanmar sejak akhir-akhir ini telah menyakinkan MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) mengenai daya maju untuk menggunakan pesawat pengangkut ke negara itu.
Penerbangan sulung pesawat pengangkut MASkargo ke Myanmar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon (RGN) Sabtu lepas dengan membawa 60 tan muatan untuk negara tersebut.
Dalam satu kenyataan, MASkargo berkata MH6062 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) ke RGN sebelum ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok (BKK).
Ketua Pegawai Komersial MASkargo, Mark Jason Thomas berkata MASkargo telah memberi perkhidmatannya ke negara tersebut selama bertahun-tahun menggunakan pesawat penumpang dan berikutan permintaan yang meningkat, mereka kini menggunakan pesawat pengangkut.
"Dari Yangon, pesawat pengangkut itu seterusnya ke Bangkok, satu lagi pasaran yang mencatatkan aliran menaik baru-baru ini," katanya.
Perkhidmatan mingguan itu melakukan penerbangan ke KUL-RGN-BKK-KUL setiap hari Sabtu bermula 4 Julai lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok
#Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon
#Mark Jason Thomas
#MASkargo
#MH6062
#Myanmar
#pesawat
#pesawat pengangkut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan