awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masuk ke Sarawak, guru dari Semenanjung, Labuan dan Sabah wajib kuarantin

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2021
11:00 MYT
Masuk ke Sarawak, guru dari Semenanjung, Labuan dan Sabah wajib kuarantin
Jelas Ugga, guru yang melapor diri di kawasan pedalaman akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin. FOTO: Astro AWANI
KUCHING:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menetapkan semua guru yang tiba dari Semenanjung, Labuan dan Sabah untuk menjalani kuarantin wajib setibanya mereka ke negeri itu.
Mereka diwajibkan menjalani kuarantin selama 10 hari dan hanya dibenarkan discaj pada hari ke-10 sekiranya keputusan ujian saringan pada hari kedua dan kelapan disahkan negatif COVID-19.
Bagaimanapun mereka perlu menyambung tempoh baki kuarantin selama empat hari di rumah masing-masing.
Menurut Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dianggarkan empat ribu dari seluruh negara akan kembali ke Sarawak bermula Khamis.
“Bagi guru yang melapor diri di kawasan pedalaman pula, mereka akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin.
“Kos saringan COVID-19 akan ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala kos kuarantin akan dibayar kerajaan negeri,” kata Uggah.
Beliau berkata demikian dalam sidang media harian COVID-19 di Kuching pada Khamis.
Antara lain, Sarawak melapor pertambahan 14 kes positif COVID-19 melibatkan tujuh kes di Kuching, Sibu (3), Sri Aman (2) dan satu kes masing-masing di Miri dan Pusa.
Pertambahan ini menjadikan jumlah kes positif di negeri itu meningkat kepada 1,180 kes setakat ini.
Topic Berkaitan
#kos kuarantin di Sarawak
#SOP COVID-19 di Sarawak
#kemasukan guru ke Sarawak
#kluster COVID-19 di Sarawak
#kes COVID-19 di Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan