awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MATA nasihat ahli, pelancong patuhi SOP ketika di Langkawi

Bernama
Bernama
06/09/2021
04:54 MYT
MATA nasihat ahli, pelancong patuhi SOP ketika di Langkawi
SOP ketat bagi mencegah penularan COVID-19 di Pulau Langkawi akan dijadikan kayu ukur bagi pembukaan pusat peranginan lain. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) mengingatkan penggiat industri pelancongan di Pulau Langkawi khususnya ahli agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan susulan pembukaan semula pulau peranginan itu kepada pelancong tempatan pada 16 Sept ini.
Presiden MATA Datuk Mohd Khalid Harun berkata, SOP ketat yang ditetapkan kerajaan bagi mencegah penularan COVID-19 di Pulau Langkawi akan dijadikan kayu ukur bagi pembukaan pusat peranginan lain seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Sipadan, Pulau Rawa dan lain-lain.
"Selain itu, MATA juga turut menasihatkan pelancong untuk turut mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata MATA turut berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) atas usaha menjadikan Langkawi sebagai projek rintis destinasi gelembung pelancongan yang memberikan kelegaan kepada banyak pihak.
"MATA percaya pengumuman ini adalah berita gembira buat rakyat Malaysia serta dapat memberikan kelegaan dan sinar buat penggiat industri pelancongan yang telah lama terjejas susulan penutupan keseluruhan rantaian sektor pelancongan akibat pandemik COVID-19," katanya.
Minggu lepas, MOTAC turut mengumumkan kebenaran untuk tujuh aktiviti pelancongan utama di Langkawi beroperasi semula antaranya snorkeling, selam skuba dan juga aktiviti eko geo-kembara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#SOP
#Langkawi
#lokasi percutian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan