awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mati dibunuh kerana hutang RM2,500

Sinar Harian
Sinar Harian
16/02/2024
08:05 MYT
Mati dibunuh kerana hutang RM2,500
Kejadian dilaporkan berlaku semasa mangsa dan empat rakan sedang minum arak di kawasan gelanggang bola keranjang sebelum berlaku salah faham. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Akibat hutang RM2,500, seorang lelaki warga Myanmar dibunuh rakannya dalam kejadian di Kepong, di sini Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, laporan kematian mangsa diterima Balai Polis Kepong pada jam 4 pagi daripada pegawai perubatan sebuah hospital swasta.
Katanya, kejadian dilaporkan berlaku semasa mangsa dan empat rakan sedang minum arak di kawasan gelanggang bola keranjang sebelum berlaku salah faham.
"Mangsa telah ditikam di bahagian leher menggunakan serpihan botol arak oleh salah seorang suspek.
"Kejadian dipercayai berpunca kerana mangsa berusia 24 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di Banting, Selangor itu berhutang dengan suspek," ujarnya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, mangsa kemudian telah dikejarkan ke hospital oleh rakan yang lain sebelum menghilangkan diri.
Tambahnya, bertindak hasil maklumat, sepasukan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melaksanakan dua serbuan pada jam 11 pagi, hari yang sama di Bandar Manjalara dan Cheras, Kuala Lumpur.
"Empat lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 20-an yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri berjaya diberkas.
"Kesemua suspek telah direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#warga asing
#warga myanmar
#hutang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan