awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
Artemis II pecah rekod Apollo 13 sebagai misi manusia paling jauh dari Bumi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maut dihempap pokok: KPWKM teliti bantuan kepada keluarga Md Rizal Atan - Nancy

Bernama
Bernama
10/05/2024
00:50 MYT
Maut dihempap pokok: KPWKM teliti bantuan kepada keluarga Md Rizal Atan - Nancy
Nancy (empat, kiri) menziarahi keluarga Nor Pahidah (tiga, kanan) di Seksyen 24 Shah Alam, 9 Mei2024. --fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat (KPWKM) sedang meneliti bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada keluarga Md Rizal Atan, yang maut dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, pada Selasa lalu.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata bantuan itu sedikit sebanyak akan meringankan beban keluarga terbabit, memandangkan isteri mangsa Nor Pahidah Mat Zaman tidak bekerja.
"Tiga anak Allahyarham masih lagi belajar manakala seorang lagi belum bersekolah. Kita simpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini dan akan cuba memberikan bantuan sepatutnya.
"Kejadian ini baharu sahaja berlaku. Jadi kita sedang meneliti bantuan apa yang boleh diberikan dan kita akan mendapatkan maklumat mengenai keluarga ini daripada adik Allahyarham, yang kebetulan bekerja dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa menziarahi keluarga Md. Rizal di rumah keluarganya di Seksyen 24, di sini semalam.
Nancy turut menyerahkan wang tunai RM3,000 serta bekalan makanan, sumbangan Yayasan Kebajikan Negara untuk meringankan beban keluarga terbabit.
Media sebelum ini melaporkan Md Rizal, 47, yang bekerja sebagai pemandu peribadi maut dihempap pokok tumbang di ibu negara, semasa dalam perjalanan ke sebuah hotel untuk menjemput tetamu syarikat majikannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#bantuan
#Nancy Shukri
#maut dihempap pokok tumbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan