awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat anggota komando selamat tiba di Sandakan

Bernama
Bernama
20/02/2023
16:08 MYT
Mayat anggota komando selamat tiba di Sandakan
Anggota tentera turut memberi penghormatan terakhir kepada Edrin, seorang anggota Tentera Darat daripada Grup Gerak Khas (GGK) atau komando, di lapangan terbang itu. - Bernama
SANDAKAN: Mayat Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang ditemukan terdampar semalam di paya bakau di Batu 8, Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Banting, Selangor selamat tiba di Lapangan Terbang Sandakan di sini pada 9.25 malam ini.
Ketibaan mayat mendiang, yang diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Subang dengan pesawat Hercules C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 5.30 petang tadi, disambut Penolong Pegawai Pemerintah Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Kinabatangan Mejar Shah Wira Ma'rof.
Anggota tentera turut memberi penghormatan terakhir kepada Edrin, seorang anggota Tentera Darat daripada Grup Gerak Khas (GGK) atau komando, di lapangan terbang itu.
Beberapa ahli keluarga terdekat mendiang turut mengiringi jasadnya ke Sandakan dengan menaiki pesawat TUDM.
Pada kira-kira 10 malam, mayat mendiang dibawa ke tempat kelahirannya di Kampung Maliau, Tongod iaitu kira-kira 182 kilometer dari sini, bagi urusan pengebumian.
Pada 7 Feb lepas, Edrin dilaporkan hilang ketika menjalani latihan menyelam di 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan, Melaka.
Mendiang hilang ketika latihan eksesais 'Pari Harimau' iaitu kursus juruselam bersama enam pegawai dan 37 peserta dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak) Sungai Udang, Melaka sebelum mayatnya ditemukan orang ramai dalam keadaan terdampar dan lengkap berpakaian sut penyelam di pantai bakau Tanjung Sepat, Selangor pada 10.15 pagi semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota komando
#lemas
#Melaka
#penghormatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan