awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bayi ditemui terapung dalam loji kumbahan

Bernama
Bernama
01/09/2021
08:46 MYT
Mayat bayi ditemui terapung dalam loji kumbahan
Mohd Said berkata kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayi. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Mayat seorang bayi lelaki ditemukan terapung di dalam sebuah loji kumbahan di Taman College Heights di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi cukup sifat itu daripada orang awam pada 10.38 pagi tadi yang ternampak satu objek dipercayai seorang bayi terapung di dalam loji berkenaan.
"Hasil siasatan awal mendapati objek itu adalah mayat seorang bayi lelaki dengan anggaran kematian bayi tersebut lebih dari sehari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu diminta menyalurkannya kepada polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buang bayi
#kolam kumbahan
#Seremban
#Taman College Heights
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan