awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dipercayai lelaki warga Britain yang hilang ditemui di sebuah kolam

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2014
08:51 MYT
Mayat dipercayai lelaki warga Britain yang hilang ditemui di sebuah kolam
Gareth David Huntley hilang sejak 27 Mei lalu.
Pasukan mencari dan menyelamat warga Britain Gareth David Huntley, 34, yang hilang sejak seminggu lalu, menemui mayat seorang lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di belakang Chalet Lagoon, Kampung Juara, di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari ini.
Mayat ditemui di dalam sebuah kolam hanya beberapa meter dari tempat menyimpan kayak di Projek Juara Penyu di Kampung Juara, Pulau Tioman.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Yahaya melaporkan penemuan berkenaan tetapi masih tidak dapat mengesahkan sekiranya ia milik Gareth David Huntley warga Britain yang hilang sejak 27 Mei lalu.
Sementara itu Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang Morni Mamat berkata identiti mayat tersebut sukar dikenal pasti kerana selain tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, sebahagian muka mangsa juga sudah dalam keadaan reput.
"Setakat ini kita belum dapat pastikan sama ada mayat yang ditemui itu adalah warga Britain yang dilaporkan hilang sebelum ini.
"Kita masih menunggu unit forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang yang dijangka tiba pukul 4 petang ini untuk membuat siasatan lanjut," katanya hari ini.
Topic Berkaitan
#Gareth David Huntley
#hilang
#Pulau Tioman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan