awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemukan dalam longkang

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
25/12/2023
03:57 MYT
Mayat lelaki ditemukan dalam longkang
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan saksi berhubung kes seorang lelaki yang ditemukan maut di dalam longkang Jalan TSB 9, Kota Damansara, Petaling Jaya. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan saksi berhubung kes seorang lelaki yang ditemukan maut di dalam longkang di Jalan TSB 9, Kota Damansara, Petaling Jaya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian jam 6.34 petang, pada Rabu lalu.
"Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan ditemukan berpakaian lengkap di dalam longkang dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Identiti mangsa telah dijumpai di dalam poket seluarnya dan dikenal pasti berusia 45 tahun.
"Mangsa tinggal di kawasan Gugusan Kemuning, Jalan Pekaka 8/1, Seksyen 8, Kota Damansara dan dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Hussin Sollehuddin menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil ke balai polis berdekatan atau berhubung dengan Ketua Polis Balai Kota Damansara, Asp Mohd Nasir Mustapha di talian 011-32052062 bagi membantu siasatan.
"Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Petaling Jaya
#longkang
#mayat dalam longkang
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan