awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki jatuh bot di Jerlun dijumpai

Bernama
Bernama
12/08/2019
02:04 MYT
Mayat lelaki jatuh bot di Jerlun dijumpai
Mayat Azimat Hassan ditemukan terdampar berhampiran kawasan pantai oleh anggota Rela. -Gambar hiasan
Mayat seorang lelaki yang disyaki terjatuh dari bot fiber semasa cuaca buruk dan laut bergelora ketika ribut Jumaat lepas di sekitar perairan Titi Tok Arab, Jerlun, dijumpai semalam.
Bernama melaporkan Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad sebagai berkata, mayat Azimat Hassan, 62, ditemui terdampar berhampiran kawasan pantai oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang melakukan pencarian di kawasan tersebut pada pukul 6.25 petang.
"Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Operasi semalam turut dibantu pesawat udara milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang membuat pencarian dari udara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi yang diselaraskan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Kedah itu turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, PDRM dan RELA.
"Seramai 40 nelayan setempat bersama 27 bot nelayan turut membantu dalam usaha mencari nelayan yang dilaporkan hilang itu," katanya.
Jumaat lepas, Maritim Malaysia Kuala Kedah menerima maklumat daripada anak mangsa yang memaklumkan bapanya disyaki terjatuh dari bot fiber semasa keadaan cuaca buruk dan laut bergelora berikutan kejadian ribut yang melanda beberapa daerah di Kedah.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#hilang
#Hospital
#Kedah
#lemas
#mayat
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan