awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki lemas mandi laut ditemui di pantai Teluk Batik

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/01/2021
08:53 MYT
Mayat lelaki lemas mandi laut ditemui di pantai Teluk Batik
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto JBPM
LUMUT:Mayat seorang lelaki yang lemas ketika mandi bersendirian di pantai Teluk Batik, dekat sini, awal pagi semalam ditemui terapung kira-kira 1.5 batu nautika daripada tempat dia dilaporkan hilang.
Mayat lelaki berusia 51 tahun itu ditemui kira-kira jam 3 petang ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 2.36 pagi semalam.
“Terdapat saksi yang menyatakan menjumpai mangsa sedang mandi di kawasan tersebut dan pusat kawalan bomba (PKB) dibuka dilokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut jurucakap itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluaskan sekitar radius 1.5 batu nautika dari lokasi mangsa dilaporkan hilang menggunakan bot pelbagai agensi.
Di samping itu, katanya, anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pangkor turut membuat beberapa selaman di lokasi kejadian.
“Mangsa telah ditemui dalam keadaan terapung oleh nelayan berhampiran Jeti Pak Hassan Pulau Pangkor, kira-kira 1.5 batu nautika dari lokasi dia dilaporkan hilang,” ujarnya.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#Mayat seorang lelaki y
#Mayat lemas
#pantai teluk batik
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#bomba
#mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan