awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung dalam sungai

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
15/10/2020
13:34 MYT
Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung dalam sungai
Mohamadul Ehsan berkata, ketua operasi mengarahkan tiga anggota untuk turun ke dalam sungai dengan memakai tali dan jaket keselematan untuk mengambil mayat berkenaan. - JBPM Kedah
KULIM:Seorang lelaki ditemui terapung dalam sungai di Kampung Sungai Limau, Lunas, Kulim pada Khamis.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.21 petang.
Beliau berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan itu dari pihak Balai Polis Kulim meminta bantuan dari pihak bomba untuk mengambil mayat dalam sungai berkenaan.
Sebaik anggota tiba di lokasi kejadian pegawai operasi mendapati terdapat satu jasad terapung dan tersangkut pada ranting buluh selain dipenuhi sampah sarap di dalam sungai itu.
Mohamadul Ehsan berkata, ketua operasi mengarahkan tiga anggota untuk turun ke dalam sungai dengan memakai tali dan jaket keselamatan untuk mengambil mayat berkenaan.
Katanya, anggotanya berjaya menaikkan mayat lelaki terbabit namun tiada pengenalan diri ditemui pada tubuh mayat itu.
Mayat kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, setakat ini mayat belum dikenal pasti identitinya dan pihaknya menunggu laporan dari pihak forensik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengesahkannya.
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#bomba
#mayat
#mayat terapung
#Kulim
#Kedah
#pusat gerakan operasi
#operasi
#jasad terapung
#Kampung Sungai Limau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan