awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki warga emas ditemui di tepi jalan

Astro AWANI
Astro AWANI
10/03/2026
04:11 MYT
Mayat lelaki warga emas ditemui di tepi jalan
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau palsu berkaitan kejadian berkenaan.
Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan terbaring di tepi jalan berhampiran Taman La Cottage, Taman Putra Perdana, Puchong pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Polis Norhizam Bahaman berkata, lelaki warga tempatan berusia 67 tahun itu ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kenderaan miliknya.
"Siasatan awal mendapati si mati dipercayai keluar dari rumah untuk mencari barang-barang terpakai sebelum ditemui terbaring di lokasi kejadian.
"Pemeriksaan yang dijalankan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.
Dalam pada itu, Norhizam menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau palsu berkaitan kejadian berkenaan.
"Sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Major Roslan Rosin di talian 012-3618462.
"Orang ramai juga boleh menghubungi Balai Polis Putra Perdana di talian 03-80604222 atau IPD Sepang di talian 03-87774222,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mayat
#warga emas
#tepi jalan
#Taman Putra Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan