awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat mangsa tertimbus batu, tanah selamat dikeluarkan dari Gunung Tabai

Afiezul Samit
Afiezul Samit
26/03/2021
12:24 MYT
Mayat mangsa tertimbus batu, tanah selamat dikeluarkan dari Gunung Tabai
Namun proses mengeluarkan mayat dari gua memakan masa lebih dua jam ekoran keadaan cuaca dan keadaan tubuh mangsa yang sudah lama tertimbus. - Foto Astro AWANI
BAU: Mayat mangsa, Martin Mat Tapa, 25 tahun yang tertimbus di gua Gunung Tabai Selasa lalu berjaya dikeluarkan pada 6.25 petang Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon, pasukan penyelamat daripada Bau Bomba dan Penyelamat Bau dengan dibantu orang kampung berjaya menggali serta mengalihkan timbunan batu dan pasir sekitar jam 4 petang.
Namun proses mengeluarkan mayat dari gua memakan masa lebih dua jam ekoran keadaan cuaca hujan dan keadaan tubuh mangsa yang sudah lama tertimbus.
"Kita berjaya keluarkan mayat dari timbusan batu pada jam 4 petang tetapi jam 6.25 baru kita dapat keluarkan dari gua.
"Orang kampung sangat membantu dalam operasi dengan turut terlibat dalam proses menggali untuk mendapatkan jasad mangsa," katanya.
BACA: Mayat mangsa Gunung Tabai mulai mereput - Bomba
BACA: Gunung Tabai ditutup, elak aktiviti lombong emas haram
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau Tawang Linggem pula berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan sepenuhnya tetapi dalam keadaan tidak sempurna.
Operasi melibatkan satu anggota bomba dan 27 orang sukarelawan terdiri dari penduduk kampung dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.30 petang.
Mayat mangsa kemudianya dihantar ke Hospital Bau untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Bijuray, Bau pada pukul 10 pagi Sabtu.
Insiden Gunung Tabai | Mayat mangsa terperangkap dikeluarkan
Topic Berkaitan
#Martin Mat Tapa
#Mayat mangsa dikeluarkan
#Pago Nyaon
#Bau
#Gunung Tabai
#tertimbus batu tanah
#bomba
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan