awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pemotong rumput ditemukan di atas mesin

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/09/2022
02:15 MYT
Mayat pemotong rumput ditemukan di atas mesin
Siasatan lanjut terhadap isteri mangsa pihak polis dimaklumkan mangsa mempunyai sakit jantung dan kencing manis serta masih dalam rawatan. - Foto JBPM
PADANG TERAP: Seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan tertiarap di atas gergaji enjin potong pokok di hadapan kenderaan Pajero di Jalan Belakang Loji Air Syarikat Air Darul Aman (SADA) Durian Burung, Padang Terap pada Selasa malam.
Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar, mayat lelaki warga emas itu ditemui oleh penduduk kampung ketika melalui jalan terbabit pada jam 9.46 malam tadi.
Katanya, sebaik pihak polis menerima laporan dari Balai Polis Kota Putra sepasukan anggota dihantar ke lokasi bagi memeriksa.
"Sebaik tiba kami menemui sebatang pokok tumbang melintasi jalan dan sebaik pemeriksaan lanjut menemui mangsa dalam keadaan terbaring di atas mesin pemotong pokok.
"Siasatan lanjut le atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan ataupun luka,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Kemalangan | Mayat pemotong rumput ditemukan di atas mesin
Mulkiaman berkata siasatan lanjut terhadap isteri mangsa pihak polis dimaklumkan mangsa mempunyai sakit jantung dan kencing manis serta masih dalam rawatan.
Mangsa dikenal pasti Abdullah Ariffin, 68, berasal dari Hutan Kampung, Alor Setar itu dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#SADA
#gergaji enjin potong pokok
#Mulkiaman Manzar
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan