awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat remaja perempuan mangsa perahu tambang terbalik ditemui

Bernama
Bernama
19/01/2015
03:28 MYT
Mayat remaja perempuan mangsa perahu tambang terbalik ditemui
Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata mayat Nurul Atikah Rosli, 17, dari Kampung Tanjung dijumpai pada 8.05 pagi di pantai Petian. - Gambar Hiasan
Mayat remaja perempuan, yang hilang selepas perahu tambang yang dinaikinya terbalik di Sungai Mukah, daerah Mukah semalam, ditemui kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata mayat Nurul Atikah Rosli, 17, dari Kampung Tanjung dijumpai pada 8.05 pagi di pantai Petian.
Beliau berkata polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa oleh seorang nelayan, yang kemudian membawa mayat itu ke Hospital Mukah.
Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat oleh anggota-anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mukah, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam ditamatkan, katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi semalam, Nurul Atikah menaiki perahu itu bersama-sama pemilik perahu Hipni Majedi, 36, dan tiga penumpang lain iaitu Jali Ghani, 36, Eliyana Wahida, 15, dan Siti Hawa Bujang, 47, untuk ke pusat bandar Mukah.
Perahu itu dijumpai dalam keadaan pecah di Kuala Mukah kira-kira 4 petang.
Topic Berkaitan
#lemas
#Mukah
#polis
#tambang
#terbalik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan