awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat, tengkorak ditemui dalam plastik hitam di Putrajaya

Bernama
Bernama
13/02/2016
02:56 MYT
Mayat, tengkorak ditemui dalam plastik hitam di Putrajaya
Mayat, tengkorak ditemui di Putrajaya. - Gambar fail
Mayat lelaki dalam keadaan terikat dan kepala hanya tinggal tengkorak ditemui dalam bungkusan plastik hitam yang dibuang ke dalam parit berhampiran Lebuhraya Persiaran Utara di Presint 7 di sini pada Jumaat.
Mayat itu ditemui seorang kontraktor TM yang sedang membuat pemeriksaan bagi mendapatkan laluan kabel pada kira-kira pukul 10 pagi di kawasan berkenaan, sebelum melaporkan penemuan berkenaan kepada polis.
Ketua Polis Putrajaya ACP Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.
Beliau berkata pengadu yang berada di kawasan semak berhampiran lebuh raya itu terhidu bau busuk dan mencari arah datangnya bau berkenaan sehingga menemui bungkusan plastik hitam yang mencurigakan.
Rosly berkata identiti mangsa masih tidak dapat dipastikan memandangkan keadaan kepala mayat yang hanya tinggal tengkorak selain tidak terdapat dokumen atau barang berkaitan mangsa ditemui di situ.
"Mayat dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan hasil pemeriksaan forensik mendapati mangsa adalah seorang lelaki dewasa.
"Ketika dijumpai, mangsa hanya memakai seluar pendek tanpa baju, berkedudukan bersila dan diikat dengan tali nilon terus ke leher," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#jumpa mayat tengkorak di Putrajaya
#kontraktor TM jumpa mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan