awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat tiga kanak-kanak lemas dibawa arus ditemui

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
09/10/2021
02:25 MYT
Mayat tiga kanak-kanak lemas dibawa arus ditemui
Mayat kesemua mangsa itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut. - Foto Astro AWANI
SETIU: Tiga kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika mencari kepah di muara sungai Kampung Mangkuk, Setiu pada Jumaat ditemui lemas pada Sabtu.
Mayat Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 12.58 pagi sekitar jarak 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Manakala adiknya Muhammad Aryan Faheem dijumpai terapung kira-kira 1.5 kilometer sekitar jam 1.47 pagi.
Sementara itu seorang lagi mangsa Nurulhasha Humaira Che Mohd Humaizi, 11, pula ditemui pada jam 8.15 pagi.
Pengerusi Bencana Daerah Setiu, Rosli Latif berkata, menerusi pencarian yang dilakukan pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui kesemua mangsa.
Beliau berkata mayat kesemua mangsa itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.
Jelasnya operasi mencari dan menyelamat ditamatkan jam 8.40 pagi.
Terdahulu kegembiraan enam kanak-kanak mencari kepah bertukar tragedi selepas tiga daripadanya dikhuatiri lemas.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang Jumaat kesemua mereka dikatakan sedang mencari kepah kira-kira 50 meter dari tebing sebelum lemas.
BACA: 3 kanak-kanak dikhuatiri lemas dihanyut arus ketika cari kepah
Bagaimanapun tiga daripada mereka berjaya diselamatkan sebelum tiga lagi hilang dari pandangan.
Insiden Lemas | 3 kanak-kanak lemas dijumpakan
Topic Berkaitan
#lemas
#Kanak-kanak
#kepah
#Kampung Mangkuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan