awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita bogel ditemui berhampiran Pasar Borong Selayang

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2014
04:35 MYT
Mayat wanita bogel ditemui berhampiran Pasar Borong Selayang
Pemeriksaan forensik mendapati mangsa mati lebih 12 jam ketika ditemui. - Gambar Hiasan
Polis sedang memburu warga tempatan yang dipercayai terlibat dengan pembunuhan seorang wanita Vietnam yang ditemui di sebuah bilik hotel dalam keadaan berbogel dengan tangan dan kakinya terikat malam tadi berhampiran Pasar Borong Selayang.
Berdasar siasatan awal polis, lelaki yang dikenali Tan Kok Keong yang berusia 38 tahun dari Temerloh yang berdaftar di bilik hotel terbabit pada malam Sabtu lalu dan mangsa disyaki datang menemui suspek di bilik berkenaan 3 jam selepas mendaftar.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan bogel di dalam bilik air oleh pekerja hotel kira-kira jam 7 malam.
Pemeriksaan forensik mendapati mangsa mati lebih 12 jam ketika ditemui.
Bagaimanapun punca kematian dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Mangsa dikenali sebagai Tran Thi Thuy berusia 30 tahun juga dikatakan pernah mendaftar di hotel berkenaan 3 hari lepas.
Mayat dibawa ke hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy mengesahkan kejadian tersebut dan meminta orang ramai yang mengenali suspek tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Pasar Borong Selayang
#PDRM
#polis
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan