awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita dikerat enam, polis tahan suspek utama

Astro Awani
Astro Awani
25/07/2018
09:56 MYT
Mayat wanita dikerat enam, polis tahan suspek utama
Dalam kejadian 12 tengahari, 5 Julai lepas, mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengerikan apabila dikerat kepada beberapa bahagian sebelum anggota badannya dimasukkan dalam dua bagasi. - Gambar fail
Polis menahan seorang suspek utama yang juga dipercayai suami kepada seorang wanita warga Bangladesh yang mayatnya ditemui dalam dua buah beg pakaian di tepi jambatan Jalan Ipoh di Sungai Gombak, di sini 5 Julai lalu..
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata lelaki warga Bangladesh ditahan di Taman Pengerang, Johor sekitar 2 pagi tadi.
"Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya.
Polis yang sebelum ini mengesahkan wanita berkenaan sebagai warga Bangladesh berusia 29 tahun dilaporkan memburu suami mangsa yang juga warga Bangladesh bagi membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian 12 tengahari, 5 Julai lepas, mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengerikan apabila dikerat kepada beberapa bahagian sebelum anggota badannya dimasukkan dalam dua bagasi berasingan dan diletakkan di tebing Sungai Gombak di Jalan Ipoh.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#jenayah
#mangsa
#mayat
#polis
#siasatan
#suspek
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan