awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita warga emas ditemui dalam semak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/05/2019
12:03 MYT
Mayat wanita warga emas ditemui dalam semak
Pemeriksaan mendapati terdapat kesan darah, calar dan luka pada anggota badan mangsa. - Astro AWANI
Mayat seorang wanita warga emas dengan beberapa kesan luka ditemukan di kawasan semak berhampiran sebuah kondominium di Bercham di sini pada Selasa.
Mayat dikatakan ditemui seorang wanita yang melihat objek menyerupai manusia dari rumahnya di tingkat 10 kondominium berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata, polis melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.30 petang.
Katanya, mayat wanita yang dianggarkan berumur lewat 80-an itu masih lengkap berpakaian.
"Pemeriksaan mendapati terdapat kesan darah, calar dan luka di anggota badan mangsa. Siasatan awal bagaimanapun mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini.
"Kita juga tidak menjumpai dokumen pengenalan diri bersama mangsa atau berhampiran lokasi mayatnya dijumpai. Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat," katanya.
Menurut beliau, polis menjalanlan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian dan setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran atau datang ke Jabatan Forensik HRPB untuk pengecaman.
Topic Berkaitan
#Bercham
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#Ipoh
#jenayah
#keluarga
#kesan luka
#kondominium
#mangsa
#mayat
#Mohd Ali Tamby
#pengecaman
#polis
#semak
#wanita
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan