awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat warga Pakistan ditemui lemas selepas hilang semalaman

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
24/08/2019
11:13 MYT
Mayat warga Pakistan ditemui lemas selepas hilang semalaman
Operasi SAR itu turut melibatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. - Astro AWANI
Mayat seorang lelaki warga Pakistan yang dilaporkan lemas malam tadi berjaya ditemukan petang Sabtu dalam satu operasi mencari dan menyelamat.
Mangsa, Haseeb Ashfaq, 30 tahun, ditemui terapung pada jam 2.30 petang di kedudukan 0.2 batu nautika dari pesisir Pantai Tanjung Rhu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang melakukan pencarian di kawasan terbabit.
Menurut Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said, pihak Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi menerima laporan dari Balai Polis Ayer Hangat, berkenaan seorang lelaki disyaki lemas di Pantai Tanjung Rhu kira-kira jam 9.45 malam.
Susulan itu, pihaknya telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) 15 minit kemudian.
Tambah Rozali, operasi SAR itu turut melibatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Selepas penemuan mayat Haseeb, operasi SAR telah ditamatkan pada jam 3.30 petang dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Maliha (HSM) untuk tindakan lanjut.
Pada Jumaat, Haseeb yang bekerja di sebuah restoran di Langkawi datang bersama tiga rakannya untuk mandi di kawasan pesisir Pantai Tanjung Rhu.
Kehilangan mangsa mula disedari rakan-rakannya semasa mereka naik untuk pulang selepas kelibat Haseeb tidak kelihatan sebelum bertindak melaporkan kejadian terbabit kepada pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#Langkawi
#mangsa lemas
#mati lemas
#pantai tanjung rhu
#warga Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan