awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
Gambar bulan Artemis tarik perhatian: Nilai saintifik atau sekadar foto indah?
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat warganegara asing dipercayai dibunuh ditemukan dalam kereta

Bernama
Bernama
06/12/2024
10:30 MYT
Mayat warganegara asing dipercayai dibunuh ditemukan dalam kereta
Polis menemukan mayat seorang lelaki disyaki warganegara asing dipercayai dibunuh selepas menahan sebuah kereta di sekitar Telok Panglima Garang tiga hari lepas (3 Dis). - Foto hiasan
SHAH ALAM: Polis menemukan mayat seorang lelaki disyaki warganegara asing dipercayai dibunuh selepas menahan sebuah kereta di sekitar Telok Panglima Garang dekat sini tiga hari lepas (3 Dis).
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima makluman berkenaan penemuan itu kira-kira 5.08 pagi, daripada anggota polis yang sedang menjalankan rondaan di kawasan tersebut.
"Ketika rondaan dilakukan, anggota berkenaan menahan sebuah kereta dipandu oleh seorang lelaki warganegara asing ditemani rakannya yang juga merupakan warganegara asing, dengan masing-masing berusia dalam lingkungan 17 dan 22 tahun.
"Pemeriksaan lanjut menemukan mangsa berusia dalam lingkungan 30-an di bahagian bonet kereta itu dengan beberapa kesan kecederaan pada bahagian tubuh badannya, sebelum kematian disahkan oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Akmal berkata kedua-dua suspek yang berada dalam kereta dikenal pasti sebagai pekerja ladang, direman selama tujuh hari sehingga 14 Dis ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat warganegara asing
#dipercayai dibunuh
#ditemukan dalam kereta
#Telok Panglima Garang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan