awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Selangor: Rumah mampu milik dibina ikut permintaan rumah kos rendah

Bernama
Bernama
06/08/2013
00:01 MYT
MB Selangor: Rumah mampu milik dibina ikut permintaan rumah kos rendah
Kelulusan pembinaan rumah mampu milik di Selangor bergantung kepada permintaan terhadap rumah kos rendah, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya jika permintaan terhadap rumah kos rendah masih tinggi, kerajaan negeri tidak akan memberi kelulusan penuh kepada pemaju termasuk anak syarikat kerajaan negeri, untuk membina rumah mampu milik.
"Bagaimanapun jika penawaran sudah berlebihan, kita akan beri peluang kepada pemaju untuk bina rumah mampu milik menggunakan peruntukan rumah kos rendah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri, di sini Isnin.
Beliau diminta mengulas mengenai rungutan sesetengah pihak terhadap harga rumah di Selangor yang dikatakan terlalu tinggi, menyebabkan sebilangan besar rakyat, terutama yang berpendapatan rendah sukar memiliki rumah sendiri.
Abdul Khalid berkata kerajaan negeri menyasarkan pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik yang berharga RM150,000 sebuah di beberapa lokasi termasuk Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Sepang dan Kajang dalam tempoh lima tahun ini.
Katanya kerajaan negeri berharap pembinaan rumah terbabit dengan harga yang ditetapkan akan dapat menstabilkan harga hartanah di negeri itu.
Topic Berkaitan
#rumah kos rendah
#rumah mampu milik
#Tan Sri Khalid Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan