awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Terengganu akan pertahan kerusi DUN Kijal

Bernama
Bernama
04/04/2013
05:08 MYT
MB Terengganu akan pertahan kerusi DUN Kijal
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Kenyataan beliau itu sekali gus melenyapkan khabar angin bahawa namanya tidak tersenarai untuk bertanding kali ini.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya DUN Sura di sini, lewat malam tadi, beliau berkata kerusi DUN Bandar akan dipertahankan MCA menerusi penyandangnya Datuk Toh Chin Yaw.
Pada masa yang sama Ahmad menggesa mereka yang tidak tersenarai agar memberi sokongan padu kepada semua calon Barisan Nasional (BN) Terengganu.
"Jika hari ini kita tolong orang lain, satu hari nanti orang lain pula akan sokong kita. Tidak bertanding bukanlah bermaksud karier politik seseorang itu tamat," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai senarai calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kali ini.
Ditanya mengenai komposisi calon dan penyertaan calon wanita, Ahmad hanya menjawab ringkas: "Tunggu sehingga pengisytiharan calon diadakan."
Topic Berkaitan
#BN
#Datuk Seri Ahmad Said
#Kijal
#PRU13
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan