awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBPP arah jurutera beri penjelasan insiden air bertakung hujung jejantas semasa hujan

Bernama
Bernama
07/02/2022
10:13 MYT
MBPP arah jurutera beri penjelasan insiden air bertakung hujung jejantas semasa hujan
MBPP berasa kesal dengan kejadian yang berlaku kerana insiden sedemikian tidak sepatutnya berlaku dan jurutera yang terlibat dalam projek itu telah diminta untuk mengemukakan penjelasan terperinci. - Facebook / Majlis Bandaraya Pulau Pinang - MBPP
GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah meminta jurutera mengendalikan projek Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus), dekat sini untuk mengemukakan penjelasan secara terperinci berhubung insiden air bertakung di bahagian hujung jejantas itu semasa hujan, dua hari lepas.
MBPP dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya turut mempelawa pakar-pakar dari The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) cawangan Pulau Pinang untuk bekerjasama dengan jurutera MBPP bagi mengenal pasti punca utama kejadian serta menyumbang nasihat, terutamanya dari aspek teknikal bagi menangani insiden itu.
"Siasatan awal menunjukkan takungan berlaku disebabkan sampah sarap yang banyak dan daun-daun kering yang menghalang laluan air mengalir ke sistem perparitan sedia ada.
"MBPP berasa kesal dengan kejadian yang berlaku kerana insiden sedemikian tidak sepatutnya berlaku dan jurutera yang terlibat dalam projek itu telah diminta untuk mengemukakan penjelasan terperinci berhubung kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) yang dikenali sebagai jalan berkembar tertinggi di Malaysia itu ditakungi air selepas hujan lebat dalam kejadian berkenaan dan video berdurasi 10 saat mengenai kejadian itu yang tular di laman sosial, membangkitkan kecaman ramai.
Sementara itu MBPP berkata tindakan tegas akan diambil ke atas orang ramai yang memberhentikan kenderaan mereka di bahu jalan dan yang membuang sampah di merata-rata tempat di sepanjang jalan berkembar di Bukit Kukus itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saluran air
#Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong
#air bertakung
#MBPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan