awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBPP tembak 1,132 gagak sepanjang September

Bernama
Bernama
01/10/2025
20:15 MYT
MBPP tembak 1,132 gagak sepanjang September
MBPP mendapatkan bantuan empat orang penembak daripada Kelab Menembak Pulau Pinang dalam operasi itu yang dilaksanakan mengikut prosuder operasi standard dan aspek keselamatan yang ditetapkan oleh pihak polis. - Gambar MBPP
GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berjaya menembak sebanyak 1,132 ekor burung gagak dalam beberapa siri menembak yang dijalankan di bahagian pulau negeri itu, sepanjang bulan September.
MBPP dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya mendapatkan bantuan empat orang penembak daripada Kelab Menembak Pulau Pinang dalam operasi itu yang dilaksanakan mengikut prosuder operasi standard dan aspek keselamatan yang ditetapkan oleh pihak polis.
"Gagak dikategorikan sebagai pest disebabkan sifatnya yang liar dan mengundang isu kebersihan, kacau ganggu, musim membiak bagi burung gagak adalah dari bulan Julai hingga bulan Disember.
"Pada tahun ini MBPP telah menjalankan operasi menembak gagak bermula dari bulan April bagi menggantikan operasi menembak gagak secara one-off, selain itu MBPP turut menjalankan kawalan perangkap gagak yang ditempatkan di 29 lokasi khusus yang telah dikenal pasti," menurut kenyataan menerusi Facebooknya pada Rabu.
Sementara itu, MBPP memaklumkan, pihaknya telah mengambil tindakan tegas penguatkuasaan dan mengeluarkan kompaun terhadap sembilan individu di Jalan Perak, di sini, yang didapati sengaja membuang sisa makanan dengan tujuan untuk memberi makan kepada burung merpati di tempat awam, pada Rabu.
Menurut kenyataan itu, tindakan penguatkuasaan di buat mengikut Seksyen 47(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan kompaun sebanyak RM250 bagi setiap kesalahan serta tindakan mahkamah sekiranya individu tersebut masih ingkar tidak membayar kompaun untuk kesalahan tersebut.
"Walaupun MBPP telah melaksana hebahan dan pendidikan awam, namun masih lagi terdapat individu-individu yang tidak mengendahkan nasihat dan sengaja memberi makanan kepada merpati," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kompaun
#sisa makanan
#burung merpati
#aspek keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan