awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA tidak akan bertanding PRK Bukit Gelugor

Astro Awani
Astro Awani
10/05/2014
12:14 MYT
MCA tidak akan bertanding PRK Bukit Gelugor
KA CHUAN: MCA mahu memberikan fokus kepada isu lain yang lebih penting. -Foto BERNAMA
MCA tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei ini.
Setiausaha Agung MCA Datuk Ong Ka Chuan membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu di Pejabat MCA Pulau Pinang petang tadi.
Ka Chuan berkata, keputusan dibuat selepas mesyuarat tergempar Majlis Presiden MCA yang diadakan di Ipoh, Perak jam 10 pagi tadi.
Keputusan tidak bertanding dibuat bagi memberi perhatian kepada krisis perlembagaan yang dicetuskan oleh PAS berhubung cadangan memperkenalkan undang-undang hudud di Kelantan.
MCA katanya juga mahu memberikan fokus kepada isu lain yang lebih penting termasuk menumpukan kepada gerak kerja untuk pilihan raya umum (PRU) ke 14.
Tambahnya, keputusan itu dipersetujui oleh pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama pada sidang media itu, pengerusi MCA Negeri, Datuk Chew Mei Fun.
Suruhanjaya pilihan raya (SPR) menetapkan 12 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon dan 25 Mei sebagai hari pengundian.
Pilihan raya kecil Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh yang maut selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya di kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Perak pada 17 April lalu.
Pada pilihan raya umum ke 13 tahun lalu, Karpal, yang juga bekas pengerusi DAP memenangi kerusi parlimen Bukit Gelugor dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam.
Topic Berkaitan
#BN
#Bukit Gelugor
#Ong Ka Chuan
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan