awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GSF 2.0 mulakan pelayaran menuju Gaza
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC ingatkan media sentiasa patuhi etika penyiaran kandungan sensitif

Bernama
Bernama
31/03/2026
11:32 MYT
MCMC ingatkan media sentiasa patuhi etika penyiaran kandungan sensitif
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penyebaran imej atau video yang bersifat eksplisit, mengganggu emosi atau memaparkan mangsa yang telah meninggal dunia adalah tidak sensitif serta tidak mengho
Semua organisasi media diingatkan supaya sentiasa mengamalkan pertimbangan editorial yang tinggi serta mematuhi standard etika dalam mengendalikan kandungan sensitif, khususnya yang melibatkan kemalangan, tragedi dan insiden kehilangan nyawa.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penyebaran imej atau video yang bersifat eksplisit, mengganggu emosi atau memaparkan mangsa yang telah meninggal dunia adalah tidak sensitif serta tidak menghormati maruah mangsa dan perasaan ahli keluarga.
Menurut kenyataan itu, kandungan sedemikian juga dianggap tidak beretika dan tidak seharusnya dikongsi atau dieksploitasi semata-mata untuk menarik perhatian, meningkatkan penglibatan atau meraih capaian dalam talian.
“Usaha mendapatkan tontonan tidak boleh mengatasi nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial,” maklumnya.
MCMC turut menegaskan bahawa semua organisasi media perlu mematuhi sepenuhnya garis panduan etika pelaporan bagi memastikan penyiaran kandungan dilakukan secara bertanggungjawab dan berhemah.
“Kegagalan mematuhi standard ini boleh dikenakan tindakan pengawalseliaan, termasuk penggantungan akaun media sosial berkaitan.
“Semua pihak diharap terus bertindak secara profesional, berhemah dan menghormati sensitiviti masyarakat pada setiap masa,” menurut kenyataan itu.
— BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#organisasi media
#etika
#kandungan
#sensitif
#tragedi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan