awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC rakam keterangan bekas senator berhubung video TikTok mengenai subsidi

Bernama
Bernama
27/06/2022
14:02 MYT
MCMC rakam keterangan bekas senator berhubung video TikTok mengenai subsidi
Difahamkan siasatan terhadap bekas senator yang dilantik pada 22 Jun 2015 itu dibuat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
IPOH: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil keterangan seorang bekas senator di Balai Polis Sungai Senam di sini hari ini, berkaitan video tular di TikTok mengenai penghapusan isu subsidi baru-baru ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pegawai MCMC mengambil keterangan Siti Aishah Shaik Ismail, 39, kira-kira pukul 1.45 tengah hari tadi.
"Keterangan dirakam oleh MCMC bagi menjalankan siasatan," katanya kepada Bernama.
Difahamkan siasatan terhadap Siti Aishah, bekas senator yang dilantik pada 22 Jun 2015 itu dibuat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Wanita itu sebelum ini memuat naik video di TikTok mengenai isu subsidi yang kononnya akan dihapuskan pada 1 Julai sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#bekas senator
#TikTok
#isu subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan