awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEDAC saran PBT mudahkan permohonan lesen usahawan

Bernama
Bernama
15/01/2022
21:13 MYT
MEDAC saran PBT mudahkan permohonan lesen usahawan
Noh berharap usahawan yang sedang dalam proses pemulihan akibat COVID-19 dan banjir tidak dikompaun oleh PBT sekiranya tidak mengikut peraturan. - Gambar fail BERNAMA
TANJONG KARANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyarankan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) memudahkan permohonan lesen usahawan untuk menjalankan perniagaan.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata usahawan menghadapi cabaran dari segi tempat berniaga yang terhad dan permohonan lesen yang mencabar, di samping kekurangan peluang pembiayaan.
"Di Tanjong Karang terutamanya, ramai pengusaha yang terdiri daripada golongan mikro dan informal. Antara cabaran bagi pengusaha trak makanan adalah waktu beroperasi hanya selepas waktu bekerja apabila tempat letak kereta awam dikosongkan," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog MEDAC bersama usahawan di sini semalam.
Beliau turut berharap agar usahawan yang sedang dalam proses pemulihan akibat COVID-19 dan banjir tidak dikompaun oleh PBT sekiranya tidak mengikut peraturan dan perlu diberikan nasihat.
Semalam, MEDAC menyarankan agar institusi kewangan kerajaan memudahkan permohonan pinjaman untuk usahawan luar bandar memohon pinjaman tanpa mengambil kira sama ada mereka disenarai hitam atau tidak oleh Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Menurut Noh, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM62 juta masing-masing kepada Bank Rakyat (RM40 juta) dan SME Bank (RM22 juta) untuk memudahkan usahawan luar bandar yang terjejas akibat banjir memohon pinjaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pbt
#Medac
#lesen usahawan
#Noh Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan