awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media Kanada saman OpenAI atas dakwaan pelanggaran hak cipta

Bernama
Bernama
30/11/2024
04:40 MYT
Media Kanada saman OpenAI atas dakwaan pelanggaran hak cipta
Lima penerbit berita Kanada menuduh OpenAI melanggar hak cipta dengan menggunakan kandungan mereka tanpa kebenaran atau pampasan untuk membangunkan produk seperti ChatGPT. -Gambar fail
HAMILTON: Lima penerbit berita Kanada bertindak memfailkan saman terhadap OpenAI, mendakwa syarikat itu melanggar hak cipta, lapor Agensi Anadolu.

Ringkasan AI
  • Lima penerbit berita Kanada menuduh OpenAI melanggar hak cipta dengan menggunakan kandungan mereka tanpa kebenaran atau pampasan untuk membangunkan produk seperti ChatGPT.
  • Penerbit menegaskan bahawa kewartawanan adalah demi kepentingan awam dan penggunaan kandungan mereka oleh OpenAI untuk keuntungan komersial adalah tidak adil dan menyalahi undang-undang.
  • Tuntutan difailkan di Mahkamah Tinggi Ontario, menuntut ganti rugi punitif dan pembayaran keuntungan yang diperoleh OpenAI daripada penggunaan artikel berita tersebut.

Dalam kenyataan bersama, Torstar, Postmedia, The Globe and Mail, The Canadian Press, dan CBC/Radio-Canada menuduh OpenAI kerap melanggar hak cipta serta syarat penggunaan dalam talian dengan mengambil sebahagian besar kandungan daripada media Kanada untuk membangunkan produknya seperti ChatGPT.
"OpenAI memanfaatkan dan meraih keuntungan daripada penggunaan kandungan ini tanpa mendapatkan kebenaran atau memberi pampasan kepada pemilik kandungan.
"Kenyataan OpenAI yang mendakwa bahawa penggunaan harta intelek syarikat lain untuk keuntungan komersial mereka adalah adil atau demi kepentingan awam adalah salah.
"Kewartawanan adalah demi kepentingan awam. Penggunaan kewartawanan oleh OpenAI untuk keuntungan mereka sendiri bukan sahaja tidak adil tetapi juga menyalahi undang-undang," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menegaskan bahawa tuntutan terbabit bertujuan untuk menangani penggunaan tidak sah kandungan Kanada serta menguatkuasakan undang-undang negara.
Kelima-lima penerbit menyatakan bahawa mereka melaburkan ratusan juta dolar dalam laporan kritikal, penyiasatan, dan laporan asal yang dilindungi oleh hak cipta.
Tuntutan difailkan di Mahkamah Tinggi Ontario, menuntut ganti rugi punitif daripada OpenAI, termasuk pembayaran keuntungan yang diperoleh syarikat itu daripada penggunaan artikel berita organisasi berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OpenAI
#Torstar
#Postmedia
#The Globe and Mail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan