awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEF seru dasar pengeluaran KWSP disemak semula

Bernama
Bernama
13/04/2023
08:14 MYT
MEF seru dasar pengeluaran KWSP disemak semula
Syed Hussain berkata program berkaitan COVID-19 telah menjejaskan simpanan ahli KWSP sekitar RM145 bilion. - Fail/MEF
KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyeru agar dasar pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikaji semula, dengan mengambil kira umur persaraan minimum semasa Malaysia iaitu 60 tahun.
Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden MEF Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata pengeluaran satu pertiga daripada simpanan KWSP untuk ahli yang telah mencapai umur 50 tahun dan pengeluaran penuh pada usia 55 tahun diperkenalkan apabila umur persaraan adalah 55 tahun.
"Pada Julai 2013, kerajaan menaikkan umur persaraan kepada 60 tahun tetapi dasar pengeluaran untuk umur 50 dan 55 tahun kekal. Dasar sedemikian membawa kepada dakwaan bahawa pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi apabila mereka bersara pada usia 60 tahun," katanya.
Beliau berkata program berkaitan COVID-19 telah menjejaskan simpanan ahli KWSP sekitar RM145 bilion.
"Penting bagi ahli KWSP untuk membina semula simpanan persaraan mereka dan MEF menyokong penuh keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan pengeluaran seterusnya daripada simpanan KWSP yang bertujuan untuk hari tua," katanya.
Bagaimanapun, Syed Hussain berkata bahawa MEF yakin bahawa tiada krisis masalah tunai dalam KWSP kerana dana persaraan itu kekal kukuh dari segi kewangan walaupun empat pengeluaran khas berkaitan wabak COVID-19 telah dilaksanakan.
Beliau berkata bahawa walaupun prestasi pasaran ekuiti yang lemah pada 2022, strategi kepelbagaian KWSP merentasi pelbagai sektor dan geografi berkesan dalam memastikan pulangan yang munasabah ke atas pelaburannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia
#KWSP
#had umur persaraan
#MEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan