awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka rancang bina terowong dasar laut - Sulaiman

Bernama
Bernama
14/03/2022
12:45 MYT
Melaka rancang bina terowong dasar laut - Sulaiman
Sulaiman berkata mengikut perancangan, terowong itu akan dibina merentasi Selat Melaka. - Gambar/ Bernama
DUBAI: Kerajaan negeri merancang untuk membina sebuah terowong dasar laut bagi rangkaian sistem rel yang menghubungkan Melaka dan Dumai di Indonesia.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata mengikut perancangan, terowong itu akan dibina merentasi Selat Melaka.
"Ini adalah perancangan jangka panjang. Jarak paling hampir antara Melaka dan Dumai ialah 47 kilometer," katanya pada sidang media selepas Pelancaran Melaka Week di Expo 2020 Dubai di Pavilion Malaysia hari ini.
Mengulas perkara sama, EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata setakat ini, sebuah firma menyatakan minat untuk membina terowong itu.
Beliau berkata bagaimanapun, projek itu memerlukan persetujuan dan kelulusan kerajaan Indonesia sebelum pembinaannya dijalankan.
"Firma dari Malaysia hanya mampu menampung 50 peratus daripada kos keseluruhan projek.
"Jika semuanya berjalan lancar, pembinaan terowong itu akan mengambil masa empat ke lima tahun," katanya.
Projek itu dijangka mampu menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang lebih tinggi bagi Melaka.
Ketika ini, ekonomi Melaka banyak bergantung kepada sektor perkhidmatan namun sektor pembuatan juga semakin menunjukkan peningkatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#Indonesia
#terowong dasar laut
#Dumai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan