awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka tempatkan polis jaga pematuhan SOP bazar Ramadan

Bernama
Bernama
15/04/2021
05:36 MYT
Melaka tempatkan polis jaga pematuhan SOP bazar Ramadan
Sulaiman berkata beliau tidak teragak-agak untuk membatalkan bazar Ramadan di negeri berkenaan jika berlakunya peningkatan kes jangkitan COVID-19 selepas ini. - Gambar fail
MELAKA: Kerajaan negeri akan menempatkan pegawai dan anggota polis bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kesemua 70 bazar Ramadan di Melaka secepat mungkin.
Ketua Menterinya Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata selain polis, beliau juga telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kompaun, untuk turut berada di sekitar bazar Ramadan.
"Ketika ini, penganjur dan peniaga telah mematuhi SOP yang digariskan kerajaan namun berbeza dengan pengunjung yang masih degil untuk mematuhi SOP penjarakan sosial walaupun mereka memakai pelitup muka dan mengimbas kod MySejahtera.
"Penganjur dan peniaga masing-masing telah melaksanakan tanggungjawab mereka tapi pengunjung pula yang buat hal dengan berebut-rebut ketika membeli juadah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Santuni Kasih Permata Hati sempena Sambutan Ulang Tahun ke-18 Bandaraya Melaka Bersejarah di Hospital Melaka di sini, hari ini.
Sulaiman berkata beliau tidak teragak-agak untuk membatalkan bazar Ramadan di negeri berkenaan jika berlakunya peningkatan kes jangkitan COVID-19 selepas ini, selaras dengan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bermesyuarat semalam.
"Kalau ini berlaku (peningkatan kes COVID-19) saya tak teragak-agak untuk batalkan bazar Ramadan. Tapi saya juga kesian dengan peniaga yang baru nak berniaga pada tahun ini selepas tak dibenarkan pada tahun lepas.
"Jangan sebab kita (pengunjung) tak patuh SOP peniaga pula yang tak boleh cari makan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#kerajaan negeri
#SOP
#prosedur operasi standard
#COVID-19
#Bazar Ramadan
#Ketua Menteri Melaka
#Sulaiman Md Ali
#pbt
#Jabatan Kesihatan Negeri
#kompaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan