awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengawal keselamatan maut dipukul
Trump dakwa seorang lagi kru pesawat AS yang ditembak jatuh berjaya diselamatkan
Konflik Asia Barat: AS selamatkan kru kedua F‑15E ditembak jatuh di Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menara pencawang telekomunikasi di Sungai Perak terbakar

Bernama
Bernama
28/12/2025
02:20 MYT
Menara pencawang telekomunikasi di Sungai Perak terbakar
Sebuah menara telekomunikasi milik Maxis di kawasan pencawang Sungai Perak di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, terbakar dalam kejadian pada petang semalam.
IPOH: Sebuah menara telekomunikasi milik Maxis di kawasan pencawang Sungai Perak di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, terbakar dalam kejadian pada petang semalam.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.36 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi kejadian.
"Sebuah menara telekomunikasi dilaporkan telah terbakar dan kebakaran dapat dilihat dari Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Anggota yang bergerak ke lokasi mendapati alamat yang diberikan tidak tepat dan terperangkap dalam kesesakan lebuh raya.
"Selain itu, anggota terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk ke lokasi kejadian kerana terletak dalam hutan dan ladang sawit. Bomba terpaksa menaiki Hilux dan apabila sampai mendapati api telah padam sepenuhnya," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kebakaran itu dipadamkan dengan bantuan tuan tanah yang menggunakan alat pemadam api dan air tadahan hingga kebakaran dipadamkan sepenuhnya.
"Kebakaran yang melibatkan sebahagian daripada menara itu menyebabkan beberapa panel komunikasi mengalami ganggu seperti Maxis dan siasatan lanjut di teruskan pagi ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menara pencawang
#pencawang telekomunikasi
#terbakar
#sungai perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan