awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menara tinjau di Batu Feringghi tumbang akibat hakisan pantai

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
07/01/2022
09:20 MYT
Menara tinjau di Batu Feringghi tumbang akibat hakisan pantai
Menara tinjau milik Angkatan Pertahanan Awam di Batu Feringghi, Pulau Pinang tumbang sekitar pukul 3.40 pagi tadi dipercayai akibat hakisan pantai.
BATU FERINGGHI: Hakisan pantai akibat ombak besar menyebabkan sebuah menara tinjau milik Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Pantai Batu Feringghi di sini, tumbang awal pagi tadi.
Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 3.40 pagi.
Menurut Timbalan Pengarah APM Pulau Pinang, Leftenan Kolonel Zairil Anuar Zulmuji, kejadian dipercayai berpunca daripada hakisan disebabkan ombak besar.
Jelasnya, air pasang besar malam tadi menyebabkan ombak yang dijangka melebihi tiga meter itu telah menghakis tapak menara sekali gus menyebabkan menara setinggi 10 meter tumbang.
“Sekarang ini fasa ombak besar, tambahan pula dengan monsoon timur laut, jadi hakisan akan berterusan mungkin untuk beberapa hari dan kita harapkan tindakan segera dapat diambil bagi memastikan pantai ini tidak terus terhakis,” kata Zairil Anuar.
Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan berlaku kerana ketika kejadian tiada anggota yang bertugas.
Zairil Anuar berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan penuh berhubung kejadian itu daripada jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan sebelum tindakan selanjutnya diambil.
“APM sentiasa membuat langkah berjaga-jaga dan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Walaupun menara ini telah tumbang, pasukan penyelamat pantai APM akan terus bertugas di sini dengan mendirikan khemah di pantai bagi memastikan pengunjung di pantai Batu Feringghi sentiasa selamat,” jelas beliau lagi.
Kawasan tersebut antara yang menjadi tumpuan pengunjung kerana terdapat beberapa hotel terkemuka di sekitarnya selain banyak aktiviti sukan air di situ.
Topic Berkaitan
#Menara Tinjau
#angkatan pertahanan awam
#Batu Feringghi
#hakisan tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan