awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di lima negeri hingga 12 tengah hari
Pekerja pusat boling ditemukan maut dalam bilik stor peralatan pembersihan
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mendaulatkan Islam lebih penting daripada parti'

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
28/01/2013
07:22 MYT
'Mendaulatkan Islam lebih penting daripada parti'
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata tindakan Majlis Syura menggugurkan keanggotaannya tidak melemahkan semangat perjuangannya untuk mendaulatkan Islam.   "Jawatan tersebut adalah lantikan parti, bukan pilihan saya, jika parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak parti", kata beliau dalam SMS-nya kepada para wartawan.   Nasharudin juga mengakui belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut sebaliknya mengetahui perkembangan itu melalui media.   "Berorganisasi hanyalah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan," jelas ahli parlimen Bachok itu.   Nasharuddin kini memegang status sebagai ahli biasa PAS selepas digugurkan daripada Majlis Syura bertarikh 13 Januari lalu atas alasan gagal memberi komitmen terhadap tugasnya sebagai anggota majlis itu.   "Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Majlis Syura
#Nasharudin Mat Isa
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan