awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Misi bantuan 30 kontena, GSF 2.0 dua inisiatif berbeza - SNCC
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mendiang Mutang selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial

Bernama
Bernama
13/05/2024
08:50 MYT
Mendiang Mutang selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial
Majlis pengebumian itu dihadiri hampir 1,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakan, kenalan dan orang awam. - Bernama
MIRI: Jasad mendiang Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial, 33 km dari sini pada Isnin.
Majlis pengebumian itu dihadiri hampir 1,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakan, kenalan dan orang awam.
Terdahulu, jasad telah dibawa dari Gereja BEM, Jalan Airport Miri ke Gereja BEM Canada Hill di sini pada jam 10.30 pagi tadi bagi upacara sembahyang.
Upacara itu turut dihadiri Duta Besar Republik Azerbaijan ke Malaysia, Irfan Davudov; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen & Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala serta isterinya, Datin Esther Balan.
Dalam sesi eulogi, ahli-ahli keluarga memberi ucapan penghargaan dan penghormatan kepada mendiang atas jasanya kepada mereka.
Rakaman video sepanjang tempoh mendiang berkhidmat sebagai Speaker Dewan Negara sejak dilantik Februari lepas turut ditayangkan.
Jasad mendiang kemudian dibawa dan tiba di tanah perkuburan Fairy Park Miri Memorial untuk pengebumian pada jam 2.06 petang.
Mengiringi keranda mendiang ialah isterinya, Datin Ho May Leng dan ketiga-tiga anaknya iaitu Rining Tagal, Saran Tagal dan Bian Tagal, bapa mendiang Tagal Paran serta ahli keluarga yang lain
Topic Berkaitan
#Mutang Tagal
#meninggal dunia
#majlis pengebumian
#Miri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan