awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Arshad Ayub: Agong zahir ucapan takziah, sifatkan Allahyarham arkitek penubuhan UiTM

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2022
05:22 MYT
Mengenang Arshad Ayub: Agong zahir ucapan takziah, sifatkan Allahyarham arkitek penubuhan UiTM
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riyatuddin menzahirkan ucapan takziah atas pemergian tokoh pendidikan negara, Tun Dr Arshad Ayub.v - Gambar Facebook ISTANA NEGARA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin menzahirkan ucapan takziah atas pemergian tokoh pendidikan negara, Tun Dr Arshad Ayub, awal pagi, hari ini.
Al-Sultan Abdullah yang juga Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertitah, Allahyarham Arshad merupakan tokoh negarawan yang bertanggungjawab sebagai arkitek penubuhan institut pendidikan terulung negara pada 1966.
"UiTM begitu terkenal di seluruh dunia sebagai gedung modal insan pribumi yang teragung di Malaysia dan kehilangan beliau sangat dirasai oleh negara dan UiTM khususnya.
"Marilah bersama-sama kita berdoa ke hadrat Allah SWT semoga segala jasa dan pengorbanan beliau dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT. Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan para solihin," titah Al-Sultan Abdullah pada istiadat konvokesyen ke-93 UiTM, hari ini.
Arshad, 93, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa lalu berikutan masalah kesihatan.
Allahyarham Arshad merupakan Pengarah Pertama Institut Teknologi MARA (ITM) sejak 1967 sehingga 1975 sebelum dikenali sebagai UiTM.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Zaleha Mohd Arshad serta tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan.
Topic Berkaitan
#Arshad Ayub
#UiTM
#Yang di-Pertuan Agong
#Arshad Ayub meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan