awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Malaysia, Pakistan gesa ketegangan di Asia Barat diredakan

Bernama
Bernama
26/03/2026
02:49 MYT
Menteri Luar Malaysia, Pakistan gesa ketegangan di Asia Barat diredakan
Mohamad Hasan dan Mohammad Ishaq Dar menekankan keperluan untuk ketegangan di Asia Barat diredakan menerusi dialog dan diplomasi.
Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Pakistan, Mohammad Ishaq Dar menekankan keperluan untuk ketegangan di Asia Barat diredakan menerusi dialog dan diplomasi.
Menurut Kementerian Luar Pakistan dalam hantaran di X, Dar dan Mohamad membincangkan isu kepentingan bersama menerusi perbualan telefon.
”Kedua-dua pemimpin membincangkan perkembangan terkini serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama dan menekankan kepentingan mengurangkan konflik, dialog dan diplomasi untuk menangani cabaran yang sedang berlaku," katanya.
Perbualan itu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik tawaran Pakistan, yang disifatkan sebagai tepat pada masanya dan konstruktif, untuk menganjurkan dialog antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran ketika situasi ketegangan di rantau itu semakin meruncing.
Dalam video yang disiarkan di Facebook pada Rabu, Anwar memuji rakan sejawatannya, Shehbaz Sharif serta pemimpin negara sahabat lain, termasuk Oman, kerana mengambil langkah untuk memudahkan diplomasi.
“Hubungan Pakistan dengan pihak berkaitan dan kedudukannya sebagai suara yang boleh dipercayai di dunia Islam meletakkannya dalam kedudukan yang kukuh untuk membantu mewujudkan keadaan bagi rundingan yang bermakna,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Malaysia
#Pakistan
# Mohamad Hasan
#Ishaq Dar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan