awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja rasmikan tugu peringatan tikus pengesan periuk api terkenal
Lima terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas fasiliti petrokimia Iran
Songkran kurang meriah, krisis tenaga jejas pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Tenaga G7 terbuka untuk lepaskan rizab minyak

Bernama
Bernama
11/03/2026
12:04 MYT
Menteri Tenaga G7 terbuka untuk lepaskan rizab minyak
Harga minyak meningkat dengan ketara sejak bermulanya konflik di Asia Barat. - Gambar hiasan/AP

Negara anggota Kumpulan Tujuh (G7) yang terdiri daripada ekonomi utama dunia menyatakan keterbukaan secara umum untuk melepaskan rizab minyak kecemasan susulan kesan ekonomi daripada perang Iran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Pada prinsipnya, kami menyokong pelaksanaan langkah proaktif bagi menangani situasi ini, termasuk penggunaan rizab strategik,” menurut kenyataan bersama menteri tenaga negara anggota G7 yang diedarkan pada Rabu oleh Perancis selaku pengerusi G7 ketika ini.
Harga minyak meningkat dengan ketara sejak bermulanya konflik itu.
Negara anggota G7 terdiri daripada Jerman, Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, United Kingdom, Perancis dan Itali.
Pemimpin negara G7 dijadualkan membincangkan kesan ekonomi perang serta situasi tenaga dalam satu persidangan video pada petang Rabu.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, pelbagai perbincangan diadakan mengenai kemungkinan pelepasan rizab minyak negara. Agensi Tenaga Antarabangsa juga mengadakan mesyuarat khas pada Selasa bagi membincangkan perkara itu.
-- BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#konflik
#Asia Barat
#negara G7
#Rizab minyak
#pelepasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan