awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mercun bola letup: Tujuh cedera, lelaki ditahan di Pendang

Bernama
Bernama
23/03/2026
12:11 MYT
Mercun bola letup: Tujuh cedera, lelaki ditahan di Pendang
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun kerana disyaki bermain mercun bola sehingga menyebabkan tujuh individu, termasuk dirinya, cedera dalam kejadian di sebuah kampung di Tobiar, di Pendang, Jumaat lepas. - Foto hiasan
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun kerana disyaki bermain mercun bola sehingga menyebabkan tujuh individu, termasuk dirinya, cedera dalam kejadian di sebuah kampung di Tobiar, di Pendang, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Pendang Supt Rodzi Abu Hassan berkata suspek ditahan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 10 pagi tadi.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku bermain mercun bola bersama enam saudara lain sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

“Ketika kejadian, mercun yang dinyalakan dipercayai masuk ke dalam plastik yang mengandungi mercun lain, menyebabkan letupan kuat.

“Letupan itu mencederakan enam individu berusia antara 11 hingga 20 tahun yang berada berhampiran lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rodzi berkata kesemua mangsa termasuk suspek mengalami kecederaan pada bahagian muka dan badan serta dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pendang.

Beliau berkata seorang daripada mangsa bagaimanapun dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan serius pada mata.

Katanya suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di Facebook beberapa gambar memaparkan individu yang cedera dengan kapsyen mendakwa berlaku “tragedi pakar bom” di Tobiar, Pendang.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#mercun bola
#cedera
#Pendang
#ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan