awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesej Bantuan Warganegara Malaysia RM900 palsu

Bernama
Bernama
18/12/2022
19:59 MYT
Mesej Bantuan Warganegara Malaysia RM900 palsu
Mesej tular tersebut dikenal pasti menggunakan modus operandi sama dengan mesej-mesej yang dikesan palsu sebelum ini. - Gambar/ KKD
KUALA LUMPUR: Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada Ahad.
KKD menerusi PRP telah mengesan satu mesej tular disyaki palsu berhubung Bantuan Warganegara Malaysia (BWM) berjumlah RM900 yang akan dikreditkan bermula Ahad menerusi aplikasi Touch 'n Go eWallet.
Kenyataan itu menyebut mesej tular tersebut dikenal pasti menggunakan modus operandi sama dengan mesej-mesej yang dikesan palsu sebelum ini.
"Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan melengkapkan butiran peribadi di pautan berkenaan," menurut kenyataan itu.
Orang ramai disaran agar tidak mudah terpedaya serta menyebar maklumat yang tidak pasti sebaliknya sentiasa merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berita palsu
#Bantuan Warganegara Malaysia
#Pasukan Respons Pantas
#Kementerian Komunikasi dan Digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan