awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesej berbaur perkauman, telefon pemimpin DAP digodam

Haider Yutim
Haider Yutim
24/05/2014
12:51 MYT
Mesej berbaur perkauman, telefon pemimpin DAP digodam
Keempat-empat mereka telah membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai dan juga Bukit Mertajam.
Empat pemimpin DAP hari ini mendakwa telefon bimbit mereka telah digodam oleh pihak tertentu bagi menghantar mesej berbaur perkauman.
Pemimpin DAP tersebut yang merupakan iaitu Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng; Ahli Parlimen Bagan, Phee Boon Poh; dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima, R.S.N Rayer.
Keempat-empat mereka telah membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai dan juga Bukit Mertajam selepas mendapat tahu telefon bimbit mereka digodam.
Menurut Chong Eng, mesej tersebut menyebut, “Orang Cina majoriti di Pulau Pinang, kita boleh maju seperti Singapura tanpa bangsa Melayu atau India. Hidup parti Cina DAP.”
Mereka menyedari telefon mereka digodam apabila menerima mesej dan panggilan telefon dari individu yang tidak dikenali, memanggil mereka rasis.
Satu lagi mesej pula berbunyi, “MCA menyerah kalah, Gerakan Pulau Pinang bila lagi? Lepas ini kita akan jadikan P. Pinang sebagai Singapore.”
“Ada yang telah menghantar mesej yang tidak sopan kepada saya selepas menerima mesej yang kononnya daripada saya,” kata Rayer pada satu sidang media di bilik gerakan pilihan raya DAP, pada Sabtu.
Keempat-empat mereka menyifatkan tindakan tersebut sebagai ‘politik kotor’ serta berniat jahat terhadap DAP.
Mereka turut menggesa mereka yang menerima mesej yang kononnya datang dari mereka itu, untuk tampil membuat laporan polis.
Topic Berkaitan
#Bukit Gelugor
#DAP
#Mohamed Nabi Bux
#PAS
#PCM
#PRK
#ramkarpal
#Rayer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan