awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Khas Parlimen: Tempat duduk Ku Li akan diubah - Speaker

Astro Awani
Astro Awani
27/07/2021
07:22 MYT
Mesyuarat Khas Parlimen: Tempat duduk Ku Li akan diubah - Speaker
Azhar memaklumkan selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat, beliau akan mengambil maklum keputusan Ahli Parlimen Gua Musang itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan telah mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat mengambil tindakan sewajarnya berhubung permohonan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mahu tempat duduknya dalam Dewan Rakyat dipindahkan berhampiran blok Bebas.
Dalam sepucuk surat, Azhar mengesahkan menerima surat daripada Tengku Razaleigh mengenai permohonan beliau untuk menukar tempat duduk sedia ada ke tempat baharu berhampiran blok Bebas dalam Dewan Rakyat.
"Selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat saya mengambil maklum keputusan Ahli Parlimen Gua Musang tersebut dan telah mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
IKUTI SISI TV PARLIMEN KELOLAAN ASTRO AWANI DI SINI
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Isu pembatalan Ordinan Darurat hangatkan Mesyuarat Khas Parlimen
Azhar memaklumkan selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat, beliau akan mengambil maklum keputusan Ahli Parlimen Fua Musang
Azhar memaklumkan selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat, beliau akan mengambil maklum keputusan Ahli Parlimen Fua Musang
Pada 26 Julai, Tengku Razaleigh telah memohon pertukaran tempat duduk berhampiran blok Bebas dengan alasan tidak pernah menyokong kerajaan Perikatan Nasional.
Dalam susunan tempat duduk dalam Dewan Rakyat, Tengku Razaleigh diletakkan bersama-sama Ahli Parlimen UMNO yang lain di blok kerajaan.
Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang telah menarik sokongan terhadap kerajaan pada Januari lalu juga diletakkan di blok kerajaan.
BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: Ku Li mohon tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat
Topic Berkaitan
#Yang Di-Pertua Dewan Rakyat
#Azhar Azizan Harun
#Parlimen
#tempat duduk
#Tengku Razaleigh Hamzah
#Gua Musang
#Ku Li
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan