awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meta AI dikembangkan ke 41 negara lagi, Malaysia masih dikecualikan

Amanz
Amanz
22/03/2025
05:30 MYT
Meta AI dikembangkan ke 41 negara lagi, Malaysia masih dikecualikan
Meta AI kini diaktifkan di 41 negara Eropah, menyokong 6 bahasa di Facebook, Instagram, WhatsApp, dan Messenger. -Amanz
META AI diperkenalkan pada tahun 2023 dan sehingga hari ini ia masih belum tiba ke semua negara lagi.

Ringkasan AI
  • Meta AI kini diaktifkan di 41 negara Eropah, menyokong 6 bahasa di Facebook, Instagram, WhatsApp, dan Messenger.
  • Meta AI boleh diakses dalam ruangan pemesejan dengan @MetaAI dan muncul sebagai butang aksi terapung di WhatsApp.
  • Sokongan Meta AI mungkin boleh didapatkan untuk pengguna kaca mata Ray-Ban Meta.

Walau bagaimanapun, Meta telah berjanji yang teknologi kecerdasan buatan mereka ini akan boleh diakses oleh semua pengguna secara berperingkat.
Terbaharu, Meta AI telah diaktifkan kepada 41 negara lagi. Untuk minggu ini, 41 negara yang menerima akses Meta AI adalah negara-negara Eropah.
Meta bangga yang ciri ini berjaya ditawarkan selepas berbulan tersangkut dalam proses kelulusan rumit kerana undang-undang EU yang kompleks.
Meta AI di EU akan menyokong 6 bahasa yang boleh diakses pada Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger.
Disebabkan Meta AI tiada aplikasi tersendiri, di dalam mana-mana ruangan pemesejan platform Meta – AI ini boleh diseru dengan @MetaAI.
Meta AI turut akan muncul dalam bentuk FAB (butang aksi terapung) di WhatsApp.
Untuk pengguna kaca mata Ray-Ban Meta, sokongan Meta AI mungkin boleh didapatkan.
Buat masa ini, Meta masih belum mengumumkan kehadiran Meta AI di Malaysia walaupun mereka telah mengesahkan ia akan tiba sejak Oktober 2024. -Amanz
Topic Berkaitan
#Meta AI
#Ray-Ban Meta
#41 negara Eropah
#menyokong 6 bahasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan