awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: 'Selepas ini kita mungkin tidak bertemu' - Allahyarham Mohd Ghafar

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
24/08/2014
03:33 MYT
MH17: 'Selepas ini kita mungkin tidak bertemu' - Allahyarham Mohd Ghafar
Allahyarham Mohd Ghafar disifatkan seorang sahabat yang baik, beriman dan sentiasa berjenaka. - Gambar fail
"Selepas ini kita mungkin tidak bertemu lagi."
Itu kata-kata terakhir Penyelia Penerbangan Kabin MAS, Mohd Ghafar Abu Bakar yang terkorban dalam tragedi pesawat MH17 kepada rakan-rakan sepejabatnya sebelum menaiki pesawat ke Amsterdam itu.
Perkara itu dimaklumkan salah seorang rakan rapatnya, Noria Abdul Rahman, 52, yang juga salah seorang kakitangan kru kabin MAS.
"Dia (Allahyarham Mohd Ghafar) cakap dia hendak bersalam sebab takut nanti tidak berjumpa lagi. Bila dia kata macam tu kita tidak terkejut tetapi bila dapat berita malam itu memang kita terkejut sebab kita tahu dia on board.
"Saya tidak dapat hendak jangka kenapa dia bersalam, tapi dia kata nanti abang tak jumpa, kita tak boleh nak kesan, lagi pun dua minggu kan, terlalu awal rasanya," katanya semasa ditemui Astro AWANI di luar Kompleks Bunga Raya, KLIA. GALERI FOTO: #MengenangMH17 - Penghormatan buat 2 jenazah
Menceritakan keperibadian Allahyarham, Noria menjelaskan Mohd Ghafar disifatkan sebagai sahabat yang baik dan sentiasa berjenaka.
"Terkejut sangat dengan kematian arwah sebab kita baru balik sembahyang terawih dan apabila diberitahu salah seorang krunya, abang Ghafar on board, sedih sangat sebab kita kenal dia. Arwah seorang yang baik, seorang yang beriman dan kelakar.
"Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah semasa dua minggu sebelum Amsterdam flight dia. Dia datang ofis jumpa kita semua. Memang kita baik dengan dia," ujarnya.
Kepada pihak berkuasa, beliau berharap individu yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 hingga mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah dibawa ke muka pengadilan.
"Kita harap dapat dibawa ke muka pengadilan yang betul sebab kita bagi pihak yang tidak bersalah, jadi rasa macam tidak adillah jika tidak dibawa ke muka pengadilan," ujar Noria.
Allahyarham Mohd Ghafar meninggalkan seorang isteri, Normi Abdullah, dan tiga orang anak, Sa’imah Baizura, 29, Ammar Syarif, 25, dan Afi Hazim, 14.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#MH17
#Mohd Ghafar Abu Bakar
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan